Lirik Lagu Suatu Yang Pernah - Fynn Jamal

Lirik Lagu Suatu Pernah - Fynn Jamal 



Habis sudah madah;
tak ada satu pun yang tertinggal,
setiapnya telah
kau ambil dan terus kau jual.

Seolah tak pernah memakna apa,
seolah tak pernah kau inginkannya,
seolah
tak pernah.

Dikutipku bila sudi,
di bila tidak,
dibiar mati,
dan lebih menyakitkan

ku tetap tunggu di tepi jalan.
Seperti tak pernah ku ada harga,
seperti tak pernah kita bersama,
seperti tak pernah kau mahu aku,

tak pernah rindu
tak pernah rayu
dulu.
Terlebur hancur kebal rusukku;

berkecai sepai,
terpecah belah,
terima kasih atas ajarmu
cinta tak wujud
ah,

tak pernah.
Dan dengarkan jeritku;
jujur tak terfitnah,
kau hanya bagiku
suatu yang pernah.

Takkan ada apa
yang mampu untuk buat kau pulang,
bila sudah tiada rasa
bikinlah apa,

tetap kau terbang.
Takkanku pujuk kau jangan pergi,
takkan ku minta kau fikir lagi,
takkan ku paksa renung semula,

takkan ku suruh apa2.
Takkan ku izin tubuh dibuka,
takkan ku pamer reput di dada,
takkan ku rebah,

takkan ku goyah,
takkan ku biar tubuh di darah.
Previous Post Next Post